Pada suatu masa dahulu, Fareq terkenal dengan sikap peramahnya di kampung. Dimana saja dia pergi, smua penduduk kampung pasti akan menegurnya. Tetapi smua itu berubah setelah dia masuk penjara. Saat-saat die dibawa oleh pihak polis,orang-orang kampung memandangnya seperti sesuatu yang menjijikan.
Pada hari ini, Fareq akan dibebaskan dari penjara Sugai Buloh. Dia terkenang peristiwa gelap yang telah mengeruhkan hidupannya itu. Lima tahun dahulu pada hari yang sama, dua orang rakan karibnya, Amin dan Ah Chong dari Ipoh datang untuk melawatnya. Mereka begitu ramah mesra dan petampilan mereka seperti orang kaya. Kedua-dua perkara ini menyebabkan Fareq lebih percaya benar pada mereka.
Pada malam itu, Fareq telah bersama mereka ke bandar Ipoh. mereka telah membawanya ke beberapa tempat dengan alasan untuk menghantar barang-barang perniagaan. pertuturan mereka yang cukup professional membina lagi keyakinan fareq terhadap mereka. setelah selesai urusan mereka, fareq telah dibawa ke hotel lima bintang. fareq amat tertarik dengan gaya hidup mereka .
sewaktu pulang dari hotel, fareq meminta mereka mengambilnya bekerha bersama dengan alasan mahukan kemewahan seperti amin dan ah chong. mereka senyum sumbing dan mengangguk tanda setuju. sebelum pulang, mereka telah ke sebuah bangunan usang. ah chong telah memasuki seorang diri dan kembali dengan dua buah beg . mereka telah meminta fareq menyimpan kedua-dua beg ini dirumahnya dan berjanji akan mengajar selok belok perniagaan keesokkan hari. tanpa banyak bertanya, fareq pun mengangguk tanda setuju dan pulang ke rumahnya dengan gembira .,
keesokkan pagi, orang kampung tidak dikejutkan oleh ayam yang berkokok sebaliknya siren kereta-kereta polis yang mengelilingi rumah fareq. fareq ditahan atas kesalahan menyimpan wang rompakan. dia menangis dan menjerit bahawa dia tidak bersalah. laungan itu tidak menyebelahi fareq. dia dijatuhkan lima tahun penjara kerana bersubahat dalam suatu rompakan yang tidak diketahuinya. pada saat-saat itu, die teringat kata-kata arwah ayahnya yang sentiasa mengingati supaya sentiasa menjaga pergaulan dan jangan kerana nila, rosak susu belanga .
Friday, November 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment